Islam bukan sahaja agama yang menyuruh umatnya beribadah semata-mata tetapi islam mencakupi segenap kehidupan.
Daripada bangun tidur sehinggalah tidur kembali, kita dikehendaki melalui hari dengan amalan menepati ajaran agama islam. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.
Amalan bersugi atau memberus gigi adalah amalan sunnah Nabi Muhammad saw dan hukumnya sunat.
Walaupun hanya amalan sekecil dan semudah memberus gigi daripada sisi makanan tetapi inilah amalan sunnah yang Rasullulah saw galakan kepada umatnya.
Rasullulah saw bersabda : "Sekiranya tidak menjadi keberatan untuk umatku atau manusia ,nescaya aku perintahkan mereka semua mengosok gigi setiap kali mereka menunaikan solat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kepada orang yang suka amalan sunnah, mengosok gigi setiap kali hendak menunaikan solat tidak menjadi satu masalah malah seseorang itu akan berasa segar untuk menunaikan solat. Oleh itu, jadikan diri kita seorang yang suka memberus gigi sebelum menunaikan solat.
Apabila solat, kita akan bersolat dengan gigi bersih dapat membaca ayat suci al-Quran dengan baik tanpa ada sisa makanan di samping mengharumkan bau mulut . bau mulut yang busuk adalah makruh jika kita bersolat secara berjemaah.
Bersolat dengan gigi yang bersih akan menambah kekhusyukan kerana jika memberus gigi kemudian ada sisa makanan di celah gigi, maka solat kita akan terganggu. Bacaan juga terganggu dengan cuba membuang sisa makanan dicelah gigi.
Sisa Makanan Di Celah Gigi
Amalan menggosok gigi di awal pagi adalah amalan sunnah berdasarkan hadis daripada huzaifah , katanya: "Nabi saw apabila baginda bangun daripada tidur maka baginda menggosok-gosok mulutnya dengan kayu sugi."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan niat mengikut sunnah nabi maka nescaya amalan itu mendapay ganjaran pahala daripada Allah swt. Oleh itu, lakukan amalan mengosok gigi di awal pagi atau sebelum solat dengan niat mengikut sunnah , semoga amalan kita diberkati Allah.

Bersugi Bersih Mulut
Alat yang boleh digunakan untuk bersugi atau mengosok gigi seperti kayu sugi, berus gigi,cebisan kain atau benda-benda lain yang suci dan tidak membahayakan. Rasullulah saw sangat menggalakkan umatnya menjaga kebersihan gigi.
Sabdanya :"Aku sangat-sangat menggalakkan kamu semua menjaga kebersihan gigi."(Riwayat Bukhari)
Syuraih bin Hani' berkata, aku bertanya kepada Aisyah amalan apakah Nabi saw mulakan ketika memasuki rumahnya? Aisyah menjawab:Bersugi." (Riwayat Muslim)
Sabda Rasullulah saw :"Bersugi adalah cara untuk membersihkan mulut dengan melakukannya akan mendapat keredhaan Allah swt ." (Riwayat An Nasai dan Ibnu Majah)
Bersugi juga dapat meningkatkan akal,mencerahkan mata, melambatkan tumbuh uban, menggandakan pahala, mengucap dua kalimah syahadah ketika hampir ajal, memudahkan keluarnya daripada badan. Bersugi membersihkan gigi dan mulut daripada kuman yang merosakkan gigi
0 Komentar untuk "Memberus Gigi Adalah Amalan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w."