11 Penduduk Cedera Bila Flet Meletup | Sebelas penduduk HDC Teres Garden, Sibu Jaya, Sibu cedera dan melecur teruk akibat letupan yang berlaku 2.48 pagi semalam (Sabtu).
Letupan tersebut dipercayai berlaku di sebuah rumah tingkat bawah bagunan rumah pangsa tersebut yang juga merupakan sebuah kedai runcit.
Komander Operasi Kanan PgKBI Abdul Mutalif bin Rashid mengarahkan semua penghuni flat untuk mengosongkan kediaman masing-masing dan mengumpul segala maklumat kejadian dari penghuni flat berkenaan.
Tiga unit kediaman rumah pangsa empat tingkat musnah akibat letupan itu.
"Bomba sudah mengarahkan semua penghuni 40 unit kediaman di rumah pangsa itu keluar untuk proses pengiraan jumlah keseluruhan penduduk.
"Ia dilakukan untuk mengenalpasti kemungkinan ada mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan," katanya.
Pasukan bomba masih mencari bahan bukti untuk mengenalpasti jenis bahan letupan itu manakala semua mangsa sudah dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.
sumber
http://www.bharian.com.my/node/46882
http://www.siakapkeli.com.my/2015/04/11-cedera-rumah-pangsa-runtuh-kerana.html

View the original article here
0 Komentar untuk "11 Penduduk Cedera Bila Flet Meletup"