"Saya Redha.." - Restoran Sup Kepala Ikan Di Serbu | “Saya reda dengan ketentuan ini sebagai ujian ALLAH SWT kepada saya. Memang agak terkejut dengan serbuan ini, namun saya harap dapat berniaga semula seperti biasa selepas ini."
Itu kata-kata pemilik restoran sup kepala ikan Pulau Pisang, Nik Mohd Noor Muhamad atau lebih dikenali sebagai ‘Pok Mat’ selepas kedainya di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) diperiksa penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, semalam.
Pemeriksaan itu dibuat setelah dua laporan diterima daripada pelanggan berhubung harga dikenakan untuk sup kepala ikan mencecah RM130 sehingga RM150 semangkuk.
Restoran yang beroperasi sejak dua tahun lalu menyediakan hidangan sup kepala ikan bersama teh tarik madu sebagai menu utama, selain lauk-pauk lain yang turut menjadi pilihan pelanggan.
Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun berkata, hasil semakan terhadap bil di restoran terbabit mendapati, hidangan sup kepala ikan yang dihidangkan kepada pelanggan, sememangnya dijual pada harga seperti dalam aduan.
“Kita siasat ekoran harga semangkuk sup kepala ikan agak tinggi dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
“Sebelum ini pada 22 April lalu, kita ada serahkan notis kepada pihak berkenaan untuk beri sebab kepada kami berhubung harga mahal dicatut dalam hidangan makanannya, namun sehingga semalam, kami masih belum terima notis jawapan daripadanya," katanya.
Ab Ghani berkata, oleh kerana gagal menjawab notis yang diberikan dan setelah siasatan dibuat, pihaknya menyerahkan kes tersebut kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan, sama ada dikenakan kompaun atau sebaliknya.
sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/restoran-sup-kepala-ikan-diserbu-1.384299

View the original article here
0 Komentar untuk ""Saya Redha.." - Restoran Sup Kepala Ikan Di Serbu"