Anak Mengamuk Tuduh Ibu Sendiri Amal Sihir

Anak Mengamuk Tuduh Ibu Sendiri Amal Sihir | Seorang warga emas bersama menantu perem­puan dan tiga orang cucunya mengalami detik paling mengerikan apabila anak lelakinya sendiri tiba-tiba mengamuk dan menjadikan mereka sebagai tebusan selama lebih tujuh jam dalam kejadian di Taman Duyong Indah, Melaka malam kelmarin.

Anak Mengamuk Tuduh Ibu Sendiri Amal Sihir

Dalam drama tebusan bermula pukul 7.15 malam kelmarin, suspek berusia 30-an itu dikatakan mengamuk dan mengurung lima ahli keluarganya di dalam rumah mereka selepas menuduh ibunya berusia 62 tahun dan isterinya berumur 44 tahun telah melakukan sihir ke atas dirinya.

Sebelum menawan ahli keluarga sendiri itu, suspek didakwa telah mengheret isterinya di luar rumah sejauh kira-kira 500 meter sebelum menghentak kepala mangsa pada cermin belakang kereta milik jiran.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, polis yang pada mulanya menggunakan pendekatan memujuk mangsa bagaimanapun terpaksa menyerbu dan menahan suspek yang bersenjatakan parang pada pukul 2 pagi selepas dia bertindak semakin ganas memukul ibu, isteri dan tiga orang anaknya.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

View the original article here


View the original article here

0 Komentar untuk "Anak Mengamuk Tuduh Ibu Sendiri Amal Sihir"

Back To Top