Ribuan berbogel sertai Hari Berbasikal Sedunia (Gambar)

bogel_M_140609-600x350
OREGON - Beribu-ribu penunggang basikal yang kebanyakannya tidak berpakaian membanjiri jalan raya di sekitar Portland, Oregon sebagai tanda mempromosikan aktiviti berbasikal.
Menurut laporan Reuters, acara itu dibuat untuk menggalakkan aktiviti berbasikal sebagai alternatif bagi menggantikan pemanduan kenderaan.
Acara tahunan World Naked Ride ke-11 itu dihiasi dengan kerlipan lampu di jejari tayar basikal berserta deringan loceng sambil disambut dengan sorakan peserta.
“Acara ini ibarat parti dan bukan protes. Ia adalah mengenai kebergantungan orang ramai terhadap bahan api dan mengetepikan kaedah berbasikal,” kata jurucakapnya, Carl Larson.
Mereka bermula dari Normandale Park sebelum meneruskan perjalanan sambil membuka pakaian mengikut tema perjalanan “kosong kerana anda berani”.
Acara yang turut diadakan di lebih 75 bandar di Amerika Syarikat itu juga diadakan di lebih 20 negara lain.
Namun, penganjuran di Portland adalah yang terbesar kerana berjaya menarik sehingga 8,000 peserta pada tahun lalu.
Tidak seperti di bandar lain, acara di Portland dianggap sebagai protes kerana melibatkan pegawai polis yang menjaga lalu lintas.
“Kami mendapat beberapa aduan daripada masyarakat setempat, tetapi secara keseluruhan tiada apa yang serius berlaku,” kata jurucakap polis, Sarjan Peter Simpson.
Peserta, Jennifer Young, 40, yang menyertai acara berkenaan bersama anak lelakinya yang berusia 16 tahun, mengecat badannya dengan warna biru dari kepala hingga ke kaki.

Dia juga mengenakan sepasang sayap di belakang tubuhnya dan menganggap berbasikal tanpa pakaian menggambarkan tanda keikhlasan, lapor The Rakyat Post.

View the original article here


View the original article here

0 Komentar untuk "Ribuan berbogel sertai Hari Berbasikal Sedunia (Gambar)"

Back To Top