Isyarat Kurang Sopan, Pekerja KFC Di Gantung Kerja | Sebuah video yang memaparkan seorang pekerja wanita restoran makanan segera yang menunjukkan isyarat lucah tersebar di laman Facebook sejak semalam.
Rakaman selama lapan saat itu mendapat 3,887 perkongsian ketika berita ditulis. Insiden terbabit dikatakan dirakam oleh pelanggan yang berkunjung ke premis itu.
Menurut laporan portal The Hype Media, difahamkan, sekumpulan pelajar sekolah berkunjung ke restoran KFC yang terletak di Taman Putra untuk makan tengah hari.
Wanita dalam video berkenaan dikatakan tidak mengizinkan kumpulan terbabit mengabungkan meja kerana perbuatan itu akan menghalang laluan pelanggan lain.
Selepas beberapa siri perbalahan kecil, keadaan bertambah buruk apabila pekerja wanita itu mula bertindak merakam gambar dan video kumpulan pelajar berkenaan.
Berasa dalam keadaan yang tidak selamat, salah seorang pelajar turut mengeluarkan telefon bimbitnya lalu merakam video wanita itu.
Menyedari dirinya dirakam, wanita itu segera meninggalkan ruang makan sambil menunjukkan isyarat lucah semasa beredar.
Laman Facebook rasmi KFC Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung insiden berkenaan.
Naib President Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan menyatakan bahawa rangkaian KFC menitikberatkan adab serta etika yang baik semasa berinteraksi dengan para pelanggan.
Sehubungan dengan itu, pekerja dalam video berkenaan telah digantung kerja selepas satu siasatan dalaman dijalankan.
Pihak KFC juga telah berhubungan dengan kumpulan pelajar berkenaan dan melahirkan rasa kesal kerana berlakunya insiden itu.
sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kfc-mohon-maaf-pekerja-tunjuk-isyarat-tangan-lucah-58806?cp

Pekerja KFC tunjuk isyarat kurang sopan...
Posted by Kezoom on Monday, April 27, 2015
sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kfc-mohon-maaf-pekerja-tunjuk-isyarat-tangan-lucah-58806?cp
View the original article here
0 Komentar untuk "Isyarat Kurang Sopan, Pekerja KFC Di Gantung Kerja"